Saturday, June 17, 2006

Gunakan Optikal bukan Digital Zoom

Tuan puan yang dikasihi Allah,

ZOOM…….ZOOOM………ZOOOM…………

Apa itu ZOOM?. Minggu ini mari kita terokai Teknik Zoom. ZOOM dapat menfokuskan subjek kita yang jauh menjadi dekat, membesarkan saiz subjek agar kelihatan lebih jelas.

Kamera digital yang berada di pasaran mempunyai 2 jenis keupayaan Zoom iaitu Optikal dan Digital Zoom. Jikalau anda menggunakan kamera filem anda hanya menggunakan satu jenis Zoom sahaja iaitu Optikal zoom.

Optikal zoom dihasilkan dan boleh dikawal dari lensa kamera (kaedah optik) menjadikan subjek yang jauh kepada dekat .

Digital zoom pula menggunakan kepintaran Perisian(Software) di dalam kamera anda dengan membesarkan kawasan didalam imej yang diambil secara digital.

Hmm…mana satu yang lebih bagus tekaan anda? Sudah semestinya Optikal zoom lebih baik dalam menghasilkan kualiti foto yang diambil.

Kenapa agaknya? OK, saya terangkan di sini.


Digital zoom bukanlah “ZOOM” yang sebenarnya-benarnya. Ia hanyalah seolah-olah satu simulasi(menyerupai) Optikal Zoom. Contohnya, anda telah menghalakan kamera anda pada subjek dan menggunakan Digital zoom kamera anda untuk menfokuskan kawasan kecil yang menarik di dalam imej itu. Di sini Digital Zoom akan bekerja membesarkan kawasan kecil imej yang dipilih dan membesarkannya ke saiz yang anda kehendaki.

Kualiti foto anda sedikit terjejas di dalam proses pembesaran imej menggunakan kaedah Digital zoom. Teknik Digital Zoom tidaklah sebagus imej yang dihasilkan oleh Optikal zoom.


Anda boleh menggunakan kaedah yang sama iaitu satu lagi Digital zoom di komputer anda. Ia dapat memanipulasikan imej melalui “Editing Software” di komputer anda. Anda hanya memerlukan “tool” di dalam “Photo Editing Software”, cari “CROP” untuk membesarkan imej anda. Di sini pilihan di tangan anda. Anda perlu menentukan kawasan imej yang paling sesuai dan menarik untuk dijadikan imej bersaiz besar. Sekali lagi di ulang, menggunakan kaedah ini telah mengurangkan KUALITI foto itu.

Kesimpulannya, bila mengambil shot gunakan Optikal zoom sahaja. Jika anda rasa, anda perlukan Digital zoom, sila guna ‘editing software’ di komputer bukan di kamera. Ini kerana anda masih boleh mengunakan teknik yang sama dengan memilih bahagian imej yang terbaik untuk diambil. Pastikan kamera anda memberi AMARAN ketika ia beralih setting ke Digital zoom dari Optikal zoom. Atau ubah setting kamera anda dengan tidak mengaktifkan terus Digital zoom.

Mengapa kejelasan imej begitu penting? Lebih jelas imej yang anda dapat, lebih besar saiz foto yang dapat di print tanpa menjejaskan imej foto menjadi kabur(fuzzy) atau berkotak-kotak(blocky). Jika anda inginkan imej foto anda menjadi lebih jelas, sila guna Optikal zoom di mana sahaja anda pergi dan elakkan Digital zoom.

Bagaimana caranya menggunakan Optikal zoom? Bila anda zoom menggunakan kamera, ia akan pergi kepada Optikal zoom terlebih dahulu dan kemudian barulah ke Digital zoom. Pada kebiasaanya anda boleh set kamera anda untuk memberitahu anda bila ia mula mengaktifkan Digital zoom, atau anda boleh memberikan arahan pada kamera untuk tidak mengaktifkan Digital zoom langsung.Sila rujuk buku manual yang diberikan semasa anda membeli kamera untuk keterangan selanjutnya.

P.S. - TIP SETERUSNYA, Jom kita cungkil sedikit rahsia, digunakan setiap masa oleh jurufoto professional, di mana memberikan hasil yang memuaskan, imbangan foto yang cantik.

2 comments:

Anonymous said...

bagus!!two thumbs up..saya pun minat photography juga..tapi sume bahan kat internet sgt kompleks utk dipahami..tulisan saudara simple dan mudah utk jurufoto amatur..teruskan usaha...

Anonymous said...

Yg mana lebih baik utk Digital SLR Camera... Canon o Nikon?