Friday, June 09, 2006

Salam pengenalan buat jurufoto Amatur.

Jurufoto amatur yang budiman,

Saya percaya terdapat ramai jurufoto yang tidak mahir atau yang Amatur diluar sana. Di zaman serba canggih kini kamera boleh didapati dengan murah dan di mana saja. Malah terkini telefon bimbit jugak telah dilengkapi dengan kamera meskipun mempunyai resolusi yang rendah.

Justeru itu lahirlah ramai jurufoto "mee segera" yang mengambil foto secara membuta tuli. Jadi anda sering membuat kesilapan yang boleh diperbetulkan dengan mudah di dalam fotografi. Anda rasa sudah klik foto yang terbaik. Tetapi setelah diprint di kedai, anda akan mengeluh kerana foto yang diambil tidak menepati citarasa sebenar.

Haa...jangan mengeluh lagi! Saya akan membantu anda dengan berkongsi beberapa tip yang dapat dijadikan panduan untuk anda meningkatkan quality foto anda. Kunjungilah blog ini selalu, kerana saya akan berikan anda dengan tip-tip yang berguna dan yang penting secara PERCUMA. Semuanya untuk anda. Nantikan blog seterusnya. Terima kasih

No comments: