Sunday, July 02, 2006

Letakkan Subjek Anda bukan di Pusat Imej

Jom kita beralih pula pada topik ini.

Saya acapkali berhadapan dengan persoalan bagaimana hendak meletakkan subjek saya pada posisi yang sesuai. Dan saya yakin anda juga turut menghadapi persoalan yang sama macam saya. Setelah mengikuti kelas fotografi, maka barulah saya faham bahawa subjek tidak sesuai ditempatkan pada pusat imej yang diambil tanpa kita fahami teori fotografi.

Selain meletakkan subjek utama anda di tengah-tengah skrin, cuba letakkan ia sedikit ke tepi dan pastikan sesuatu yang menarik di latar belakang subjek dapat memenuhi ruang selebihnya di dalam imej yang dihasilkan.

Ini akan nampak lebih berkesan terutamanya jika latar belakang mempunyai tema yang sama. Contohnya Pengantin sedang membuka hadiah-hadiah mereka. Letakkan pengantin sedikit ke tepi dan ruang selebihnya dipenuhkan dengan kotak-kotak hadiah yang masih belum dibuka.

Ada terdapat beberapa panduan yang dapat membantu anda cara yang sesuai meletakkan subjek anda di dalam frem(bingkai).

Hukum Pembahagi Tiga(3).

Salah satu hukum yang paling popular dipraktiskan di dalam fotografi adalah “Hukum Pembahagi Tiga”. Ianya merupakan hukum yang mudah dan boleh menambahkan dinamik pada foto anda. Anda hanya perlu membuat dua garisan maya untuk bahagikan imej anda kepada tiga bahagian secara menegak(vertical) dan melintang(horizontal). Bila anda melakarkan shot anda, letakkan elemen-elemen penting disepanjang garisan maya tersebut atau di garisan yang bersilang – BUKAN di pusat frem anda.

Sebagai contoh, letakkan mata subjek anda berada di atas garisan maya yang di cipta, atau letakkan subjek anda pada tempat di dalam imej di mana 2 garisan maya bersilang.

Ia merupakan satu hukum yang mudah untuk diikuti dan akan memberikan hasil imej berada dalam imbangan yang cantik dan sedap mata memandang. Ia juga membantu menghindarkan kecenderungan anda menempatkan subjek yang kecil dan memberi ruang latar belakang yang terlalu luas. Kita hendaklah menyesuaikan posisi subjek selaras dengan ruang tepi frem imej tersebut.

Mungkin terdetik di hati anda, bolehkah Hukum Pembahagi Tiga ini tidak di patuhi? Ya, boleh, Hukum ini cuma memberikan panduan asas untuk anda yang amatur mengambil foto dengan tepat dan menarik. Jadikan foto anda memukau pandangan. Orang lain akan meluangkan sedikit masa mereka jika melihat foto yang anda ambil, mempersonakan.

Selamat bergambar!

Tip seterusnya : Sedikit tips untuk mengambil shot yang menarik pada subjek yang susah – kanak-kanak!

2 comments:

Anonymous said...

satu tip yanng menarik

http://www.suhaimy.org

mie3425 said...

Asri, lepas ni bolehlah saya berjumpa untuk belajar secara terperinci menggunakan kamera digital kompak. Sekarang ni saya guna Canon IXUS 60