Monday, June 12, 2006

Hampir lebih dekat.

Hampir semua shot akan menghasilkan gambar yang menarik jika kita hampir 2 atau 3 langkah ke depan dekat dengan subjek. Penuhkan ruang foto dengan subjek yang hendak diambil, saya percaya anda pasti dapat melihat perbezaannya.


Baiklah, selain cara hampir pada subjek kita, sila guna Optikal and Digital zoom pada kamera untuk mendapatkan shot yang lebih dekat.

Bila mengambil foto famili atau kawan, biasanya kita lihat seluruh anggota badan subjek akan dimasukkan di dalam shot, atau meletakkan bahagian kepala hingga pinggang di dalam shot. Selain dari itu, untuk lebih menarik anda boleh memfokuskan hanya pada wajah subjek SAHAJA - terutamanya ketika mereka tersenyum atau disaat membalas senyuman manis si jurufoto.

Adakah ia berkesan? Dengan mengurangkan bahan diluar subjek yang tidak perlu akan dapat memberikan mata kita lebih fokus pada subjek tersebut di dalam foto. Wajah manusia dikurniakan Allah sungguh indah(lebih indah jika anda melihat dekat wajah-wajah bayi yang comel) dan anda akan dapat menatap gambar yang anda ambil dekat, dengan perasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan mata melihat. Satu nikmat kebesaran Ilahi.

Tetapi jika anda tidak dapat mengambil shot dengan dekat, usah gelisah, anda masih berpeluang memperbetulkan keadaan. Di zaman Teknologi Digital kini anda boleh menggunakan zoom di dalam komputer. Gunakan aplikasi "Photo Editing Software" - dan cari tool "crop" dan crop pada wajah subjek yang anda inginkan. Cuba lihat perbezaannya.

Jika anda menggunakan "viewfinder" untuk mengambil shot secara dekat, hati-hati terhadap "Parallax". Sebabnya posisi subjek pada viewfinder tidaklah sama posisi subjek pada lensa kamera. Sekiranya anda meletakkan subjek anda di posisi tengah pada viewfinder, ia tidak bermakna anda akan dapat di posisi yang sama pada lensa kamera. Perlu diingat, shot yang anda ambil akan dirakam oleh output lensa kamera bukan viewfinder. Akibatnya anda akan dapat subjek anda terkeluar sedikit dari posisi asal subjek anda.

Oleh kerana Digital kamera masa kini telah di bina lengkap dengan LCD skrin, anda boleh atasi masalah Parallax tadi. LCD kamera akan memberikan anda, posisi subjek sama dengan posisi subjek pada LCD skrin. Tetapi tidak di viewfinder. Berjumpa lagi.

P.S. - Tip berikutnya, rahsia membantu anda mengambil shot secara dekat tanpa mengorbankan kualiti gambar.

P.P.S. - Sila download Photo Editing Software dari Google secara PERCUMA. Anda boleh klik pada banner di bawah blog.

2 comments:

Anonymous said...

Setelah saya membaca blog ini rasa amat bagus kerana saya belum lihat lagi panduan asas fotografi ini di tulis dalam versi bahasa Malaysia. Amat baik untuk mereka yang tiada langsung pengetahuan tentang fotografi. Kebanyakan mereka memang ambil gambar pakai ikut suka aje, asal jadi. Bagus. Teruskan.

Anonymous said...

Asri, kalau boleh attachkan skali cth photo2 yg telah diambil.